Aq mungkin tak cantik, aq mungkin tak bijak, aq mungkin tak
pandai menyusun kata-kata dengan baik, aq mungkin tak hebat serba serbi macam
orang lain. I may not as great as others in some aspects. But, hey who cares?
No I’m
not going to say that cheesy lines that most girls reeaaally like to say, as
example, letak gamba cantik2, caption “I may not perfect, but I’ll try to be
the best of all” , “I know I’m not pretty, but hey who cares?” or “I’m not as
pretty as you and I knew it” and bla bla. Erghh yeah I know that’s pretty
annoying. Or is it only me who finds them annoying? I don’t know.
Habis
tu, ape motif aq taip phrase awal2 tuh? Sebab aku sedar hakikat yang aku kurang serba-serbi. Tak cantik, tak bijak sangat, tak la baik sangat. But guess what? I don't really care actually. Hmm aku selalu tengok sendiri ramai orang
puji perempuan tu cantik, comel macam princess, macam bidadari. Orang puji
orang tu pandai giless bercakap depan orang, fluent, hebat dan sangat
meyakinkan. Orang puji budak tu pandai giless, 4 flat sokmo, dean list each
semester nonstop. Ade orang puji, budak tu dah la cantik, baik sopan menutup
aurat, kaya, bijak pulak tuh. Dapat pulak suami handsome setaraf dengan dia,
anak pun comel lahaaii.. Perfect hidup dia.
Ada orang yang hidup dia sangat
kita cemburui. Selalu tanya kat diri sendiri, aku ni ape la yang ade banding
dengan dia. Tanya kat Tuhan, kenapa hidup dia perfect sangat? Hidup aku ni,
serba kurang.
Hey
awak, kenapa awak nak jeles? Bagi aku, biarlah kalau budak tu bijak gifted pon,
aku kena belajar lagi kuat untuk dapatkan result yang at least aku sendiri puas
hati, walaupun kat mata orang lain still rendah, walaupun still not in dean
list. Biarlah dia hebat berkata-kata pon, kalau aku nak jadi macam dia aku kena
la belajar beranikan diri & kena banyakkan lagi ilmu di dada. Biarlah dia
kaya pon, I am just enough with what I have. Tak pernah rasa kurang atau
miskin. Sematkan dalam hati yang aku kena belajar sentiasa bersyukur dan merasa
cukup.
Dan, ni
lah yang selalu mengganggu ramai perempuan. Cantik. Cantik tu untuk apa? Supaya
orang jatuh cinta? Baik itu untuk apa? Untuk menyelamatkan suami tercinta (dari
neraka)..sahaja? Jujur, aku juga kadang2 memang terbit jugak cemburu tengok
orang lain cantik, kadang rasa kurang keyakinan diri sebab diri ni kurang
cantik. But hey, why?! Bila difikir balik, aku xkisah kalau aku xcantik macam
orang lain. Biarlah, kalau dia dapat suami handsome pon sesuai dengan dia yang
cantik. Jujur, perkahwinan bukan lah matlamat utama hidup aku.
Dulu
aku juga seperti insan lain, asyik berangan nak kahwin, nak bahagia dengan
pasangan yang baik-baik lagi handsome. Kononn! Tapi lepas aku baca buku Cinta
High Class tulisan Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya Dr Farhan Hadi, buat aku
terfikir dan sedar hakikat cinta tu macamane sebenarnye. Sejujurnya, buat masa
sekarang ni perkahwinan bukanlah matlamat utama aku. Since masuk u, lepas aku
kenal erti perjuangan, perkahwinan tu jadi macam sampingan je bagi aku. Bukan
nak menidakkan hadis dan seruan nabi yang sangat2 menggalakkan perkahwinan.
This is only my thoughts.
I still wanna get married, of course, sape tak nak?
Just, for now, I put my priorities on my dakwah efforts, on my study, on my
sahabat(s) and my family of course. Aku xkisah kalau suatu hari nanti jodoh aku
tak sampai, inshaallah kalau aku ikhlas pasti akan sampai jodoh yang the best
di syurga nanti. Tu la yang Ustzh Fatimah Syarha cakap, kalo xde jodoh kat
dunia tak pe, memang agak sedih, tapi tak kisah, mesti akan ade jodoh yang baik
kat syurga nanti kan.. Menunjukkan betapa kuat kebergantungan dan kepercayaan
kita pada Allah, Yang Maha Berkuasa, Maha Penyayang dan Maha Bijaksana.
For you
and for us, yang rasa diri tu masih banyak lagi yang kurang, masih banyak lagi
ketinggalan dari orang lain. Jangan la sedih. Tak de orang perfect. Dia cantik,
mesti ade kurang kat tempat lain. Kita bijak, mesti ade kurang kat tempat lain
jugak kan, walaupun mungkin takde sape tahu. Allah tu Maha Adil. Percaya je
pada Dia, Dia tahu segala-gala yang terbaik untuk hamba2 Nya. Yang boleh dibaiki,
usaha lebih untuk baiki. Yang tak boleh dibaiki, just terima kenyataan dan cuba
lah penuhi kekurangan lain yang boleh dipenuhi. Belajarlah dari hidup J
Syukran, wassalamualaikum. Salam bahagia dari Cik
Srikandi-to-be :p
No comments:
Post a Comment