Ada banyak perkara yang berlaku
dalam hidup kita ni yang buat kita rase menyesal sangat sangat sangat bila
difikirkan balik. Bila teringat balik time-time tu, rase macam nak ketuk kepala
kuat-kuat kat dinding to say how stupid you are on that time.
Aku ni seorang pemikir, bagi aku,
setiap apa yang aku lakukan, aku akan fikir dulu sebelum buat apa-apa. Aku akan
selalu fikir apa kesan dia kalau aku buat camni, apa effect dia pada orang
lain, apa orang akan fikir. I am that kind of person. Tapi memang Allah nak
tunjuk yang kita manusia ni memang lemah, memang banyak buat silap, walau
sesukar mana pun kita cuba untuk tak melakukan salah, walau sebanyak mana pun
kita berfikir sebelum melakukan sesuatu, kita tetap akan buat salah. Sebab fitrah
manusia itu sendiri sentiasa melakukan salah dan dosa.
1 ~ Aku pernah membuat keputusan yang
telah buat aku hilang kawan, selama-lamanya. Because I was really young on that
time, and I was still adapting myself with a totally different environment, I think
I can forgive myself, a little bit. Only after putting half of the burdens to
my friends who were on that time, like me, still learning on how to make
friends in that different world. I was betrayed, and I betrayed as a revenge. Persahabatan
yang aku bina dari darjah 4 aku masih boleh kekalkan sampai sekarang, tapi
persahabatan yang aku bina masa tingkatan 2 di sekolah menengah hancur macam tu
je. Tak sampai setahun.
Maybe masa di sekolah rendah I was more innocent and
pure, even though we once had a really big fight, but we still manage to hold
the friendship till now. Tapi masa aku form 2, aku lebih banyak berfikir macam-macam
yang membuatkan aku akhirnya mengambil banyak keputusan yang konon aku fikir
mature, padahal punye la childish. And yes, bila aku teringat balik, rase macam
nak ketuk-ketuk je kepala kuat-kuat nak cakap kenape bodoh sangat time tu.
2 ~ I was once make a choice that hurts
my parents and myself. There’s too much memories, I just can’t get out one. There
were times I lied, I rebelled with my silence and sometimes with my words, and
so many others that I can’t even remember. Walaupun aku ada sebab atas setiap
perkara yang aku buat, atas setiap rebellion yang aku buat, but I just think
that maybe I could choose another better way yang tak pelu menyakiti hati orang
yang paling aku sayang lepas Allah dan Rasul.
Even sekarang, aku sedang lalui
jalan yang bukan pilihan mak aku. Ummi really wanted me to ambil STAM after
finishing SPM and be an ustazah after that. Well I’ve tried for about 2 or 3
months, taking STAM. But I just can’t force myself. I’d prefer science. Walaupun
aku nampak yang Ummi kecewa, tapi aku tak nak pandang sume tu and insisted with
my own choice, sebab aku boleh bayangkan diri aku yang tak ikhlas dan tak
gembira mengambil bidang yang bukan minat aku. Even though aku mungkin boleh dapat
result yang lebih cemerlang dalam STAM berbanding dalam bidang sains, yang
selalu aku rase much harder. But on that time, I don’t want to care and think
anything, I still wanted to stick with what I like.
3 ~ Aku juga pernah bercakap dan bagi
ucapan yang aku rasa macam membodohkan diri sendiri. Aku memang seorang yang
tak pandai nak berkata-kata depan orang, xkisah la berapa ramai pon orang. Asal
dinamakan ucapan, orang ramai ke sikit ke, selalu buat aku bukan setakat ketar
lutut, tapi ketar satu badan and habis la beterabur apa benda dalam kepala otak
aku time tu. Aku pernah bagi ucapan yang buat aku malu setiap kali aku ingat
balik, yang buat aku rasa tak nak keluar rumah dah or at least tak nak dah
bercakap pas ni. Malu sangat2 dengan kekurangan diri yang masih lagi tak boleh
diperbaiki walau dah bertahun-tahun mencuba.
Dan aku biasanya dalam kebanyakan masa, aku lebih
suka diam dan memerhati. Dan cuma bercakap bila aku rasa perlu je. Acah-acah
diam ubi berisi gituu. Konon bila orang sibuk bergaduh pertahankan hujah
masing2, aku diam je and akhirnya keluarkan pendapat yang akan mendiamkan pulak
semua orang, yang akan memberi penyelesaian pada masalah tu. Tu la yang aku
harapkan pada diri aku ni. Huwahaha bajet bes je. Tapi aku sedar, sebagai
seorang pemimpin pada suatu kelompok, aku somehow should at least learn on how
to speak and to give speech. Tak sepatutnya aku jadikan kelemahan aku tu
sebagai sebab untuk aku tak belajar suatu ability yang boleh memberi manfaat dan
kebaikan pada ummat. Kalau aku betul nak berdakwah, aku mesti la kena belajar
bercakap dengan betul kan..baru boleh nak berdakwah dengan berkesan kan..
But well..sometimes yess..sebab aku suka
menyimpelkan semua perkara and setiap masalah. Kadang aku rasa, orang lain
sibuk fikir benda yang tak sepatutnya jadi masalah. Walaupun aku sendiri
sebenarnya banyak fikir masalah-masalah kecik, tapi sebab aku akan simple kn
benda tu, so aku jarang bercerita kat orang masalah aku, sebab aku tak nak ia jadi
suatu masalah. Pernah ramai orang cuba mengubah diri aku supaya lebih terbuka
membincangkan masalah sendiri, jangan pendam sorang. And yes I did try, but end
up really bad. Sampai orang anggap aku ni overly sensitive, suka bagi alasan. Cuma
Allah tahu how much I hate those statements. So now I wanna stop sharing my
problems, I’ll try to hold in as long as I could, just like I used to before.
4 ~ Dan aku jugak pernah buat perkara
yang mengubah sikap seseorang terhadap aku. Only Allah knows how much that
hurts. For someone you have been really-really care, tiba-tiba berubah just
because your own stupid silly small mistake. And what worse, aku tak boleh
fikir even satu pun sebab kenapa dia jadi camtu, sebab aku rasa atas setiap apa
yang aku buat aku akan fikir dulu sebelum ambil apa2 tindakan. So it was kinda
hard for me to find any mistakes, sebab aku tak rasa apa-apa pun yang aku dah buat
salah sebab aku fikir dulu! And that feel was horrible, to not be able to find
the reason. But then, lepas dah tau reason nya, it’s worse. Tak sangka rupanya
perkara kecil yang aku buat dah bagi impak yang besar pada dia, sampai dia
langsung berubah into a whole new different person towards me.
Bila kita fikir balik kesalahan
yang kita buat, perkara-perkara bodoh yang kita dah buat, memang rasa macam tak
nak hidup dah lepas ni. Perkara-perkara dan tindakan yang kita ambil ni rasanya
macam satu duri yang kecil, walaupun kita kadang-kadang tak ingat dan tak rasa
kehadirannya, tapi bila sesekali terasa duri tu mencucuk, baru kita sedar yang
benda tu ada, yang ia menyakitkan kita. Rasa kalau la boleh, macam nak ulang je
balik time dulu tu, dan buang duri kecil yang kita sendiri cucuk tanpa kita
sedar tu, baru lepas tu kita boleh hidup dengan tenang. Tanpa rasa sakit duri. Tanpa
dibayangi kisah silam yang kita kesali. Tanpa dibayangi harapan masa depan yang
kita fikir akan lebih baik andai kita tak buat silap dulu.
You know what, perkataan ‘kalau’ tu
sebenarnye datang daripada syaitan. Yes we do make mistakes. I hurt so many
people in my life, I changed so many people and I’d changed myself a lot. Salah
yang kita buat tu memang memalukan, kebodohan kita mengambil tindakan memang
menyakitkan, tapi tu la sebab kita manusia biasa kan..sebab tu la kita bukan
nabi. Setiap perkara yang kita dah buat, setiap salah yang kita buat, Allah dah
aturkan semua tu, diselitkan sekali dengan hikmah yang tak pernah kita jangka. Jadikan
ia sebagai sempadan. Faham tak sempadan? Sempadan supaya kita tak buat silap
yang sama. Supaya kita boleh belajar dari silap. Belajar untuk menjadi lebih
matang. Belajar dari hidup.
Ya,
belajarlah dari hidup. Aku ingat sahabat sekolah aku dulu penah
cakap, “Srikandi (bukan nama sebenar), masa lepas dah berlalu, masa depan pun
kita tak tahu akan datang ke tak and macamana nanti, yang kita ada cuma sekarang.
Sekarang je”. Ayat yang simple, tapi buat aku tesedar. Yang menyesal perkara lepas
takkan bergune dah, nak rancang masa depan pon belum tentu kita akan ada lagi masa
depan. Jadi sekarang je yang kita ada. Gunakan sebaik mungkin supaya lepas ni
kita takkan menyesal lagi nanti untuk masa depan. Andainya masa depan itu tiba.
Cubalah bersyukur je yang sekurang-kurangnya Allah masih lagi bagi kita masa sampai
sekarang untuk kita bertaubat dan ubah salah yang kita buat dulu menjadi
trigger untuk kita buat perkara yang lebih baik dan hebat. J
Itu je kali ni, ilal liqa’ wa ma as-salaamah. Next entry is coming soon continuing this entry. Not sure when, cause i'll be extremely busy soon. Cause know what? New semester is starting soon! gahh =_='
Wassalamualaikum..
No comments:
Post a Comment